Dec 19, 2011

Syukran Madrasati..

Assalamualaikum!! Ahlan wasahlan to everyone who reads this blog. Selepas ber'perang' dlm peperiksaan SPM, selepas tamat 'paper' Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, semua pelajar Maktab Mahmud Alor Setar tak kira putera mahupun puteri tersenyum kambing gembira selesai menghadapi ujian terbesar yang pasti menentukan alam pekerjaan mereka esok hari. Malah ada yang memasang mercun ibarat menyatakan 'kemerdekaan' yang dikecapi pelajar Ting. 5 MMAS. Alhamdulillah..Selesai kertas PQS dikutip, ana bersama kembar ana keluar dewan menuju sebuah taman di mana sahabat2 kelas ana (5 Al-Jabir) berkumpul bagi adakan sesi fotografi beramai2. Hehe...posing..posing.. orite! Masa utk pulang ke pangkuan keluarga masing2. Yang mana tinggal berjauhan tu apalagi? Memang syok sangat lah pada hari tu. Ana x balik terus. Tinggal sebentar di rumah sewa Tuan Haji Mahmud. Nak kemas2 and gotong royong.Ye la..nanti tahun depan mai2 terkejut biawak la nampak bilik 'kemas' nyer..hehe..Alhamdulillah.. Malam tu, adalah kenagan terindah buat ana bersama sahabat2 yg ada di rumah sewa THM. Mak Su (Pemilik rumah sewa) bawa kami keluar mlm tu and makan di pasar mlm dekat Pacific. Ana beli french fries and kongsi sate dengan Izzati je la.Sedap! Bleh kenyang juga. 'Aliah beli laksam kegemarannya. Hehe.. Selesai makan, Mak Su mengajak kami main boling di dalam Pacific/Star Parade. Wah! Alhamdulillah..semua dapat rasa main boling.Kebanyakannya first time. Ada yang campak bola boling, GEDEGANG! jatuh atas lantai boling tu.. :) Ada yang hayun bola lama2 tapi x baling2 lagi..hehe..ada yang bagi boling kebelakanga la dan macam2 lagi.Memang malam tu sakan main boling. Alhamdulillah. Bersyukurlah tak ada yang cedera kat mana2 cuma lenguh tangan skit je lah..hehe..Satu round main di sana charge RM 7 satu orang.Mak Su minta 2 kali round! Malah ada 10 orang yg main sekali..Wah! Mak Su memang belanja la malm tu!..hehe..Syukran Mak Su. Jasamu dikenang. :) Esoknya, masa utk OPS! Ya! Mengemas bilik and the whole rumah sewa. Alhamdulillah, everything was done well. Bukan apa yang ana nak cerita sangat. Cuma ana rasa itu satu kenangan terakhir yang ana tak mahu lupakan. Sebenarnya, selama setahun memang banyak kenangan juga, tapi ana rasa yg last ni memang ana puas betul! Hehe..alhamdulillah.. Buat sahabat2 semua, tak kira classmate 5 Al-Jabir, Asdahanians, THM-ians, kawan2 sekolah..ana memang sebenarnya sayang kalian! Buat guru2 yang penat lelah mencurah ilmu kpd kami semua pelajar2mu, Syukran Jazilan Jiddan2 tak terhingga atas pengorbanan kalian. Sekian, syukran for reading this and Wassalam! See u again! >_0

No comments:

Post a Comment