Bismillahirrahmaanirrahiim...
AMAL SOLEH YG PERLU DILAKUKAN SEBELUM KEMUNCULAN ASAP AKHIR ZAMAN:
Dlm suatu hadis, Nabi Muhammad SAW b'kata: "Bersegeralah melakukan amal2 soleh sblum datangnya 6 perkara, iaitu: Dajjal dan asap (Ad-Dukhan) ..." (Direkodkan oleh Muslim). Anjuran ini juga ditegaskan dlm Al-Quran sperti yg berikut:
"Pada hari datangnya sebahagian tanda2 (ayat) Tuhanmu, tidaklah
bermanfaat lagi iman seseorg bg dirinya sendiri yg belum beriman
sebelumnya itu, ataupun dia belum m'usahakan kebaikan dlm masa
imannya."
(Surah Al-An'am, ayat 158)
Salah satu dari ayat2 Allah adalah kemunculan asap akhir zaman. Berdasarkan ayat al-Quran di atas mereka yg akan menderita adalah:
# Golongan yg belum beriman, iaitu org bukan Islam; dan
# Golongan yg sudah beriman tetapi tidak beramal soleh pada masa keimanannya (sudah beriman tapi
amalannya adalah seperti amalan org kafir, iaitu tidak berpuasa Ramadan, tidak bersolat dan
sebagainya).
Ledakan yg dahsyat ekoran hentaman meteor atau dikenali sbg 'al-Bathsya al-Kubra' mampu merosakkan gegendang telinga dan koklea. Disebabkan itu Nabi Muhammad m'ingatkan kita supaya sentiasa 'berjaga-jaga' , "...Bunyi yg kuat (haddatun) pd pertengahan bulan Ramadan, pd malam Jumaat, akan muncul bunyi yg kuat, yg m'bangunkan org tidur, m'jadikan org yg berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dr pingitannya (biasanya, anak dara hanya duduk di rumah, tetapi kali ini mereka keluar dr rumah) pd malam Jumaat pd tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu melaksanakan solat Subuh pd hari Jumaat, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu2nya, sumbatlah lubang2nya (lubang udara), dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kamu berasa adanya bunyi yg kuat, maka bersujudlah kamu kpd Allah dan ucapkanlah 'Mahasuci al-Quddus (Subhaanal Qudduus), Maha Suci al-Qudduus, Tuhan kami al-Qudduus! (Robbunal qudduus)', kerana sesiapa melakukan perkara itu akan selamat, tetapi siapa yg tidak melakukan perkara itu akan binasa".
(petikan hadis panjang yg dilaporkan oleh Nu'aim bin Hammad, iaitu guru ImamBukhari).
Ini salah satu antara hari2 pemisah (tamyiz;), dan hari2 pembeza (Furqan). Ini salah satu drpd ayat2 Allah yg diramalkan supaya setiap hamba yg beriman berjaga2 dgn melakukan solat jemaah. Apabila peristiwa itu berlaku, org yg beriman segera bersujud sambil bertasbih dan memuji Allah. Sesiapa yg melakukan perkara ini, dia akan terselamat krn imannya itu. Sebaliknya, kebinasaan menanti org yg tidak melaksanakan saranan Rasulullah SAW itu. Ini yg disebutkan dlm al-Quran:
"Sesungguhnya yg sebenar2 beriman kpd ayat2 keterangan Kami hanyalah org yg apabila diberi p'ingatan
dan pengajaran dgn ayat2 itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh),
dan m'gerakkan lidah dgn bertasbih dan memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap
sombong takbur."
(Surah as-Sajdah, ayat 15)

No comments:
Post a Comment