Feb 13, 2013

As Medic Al-Azhar Student~

Assalamualaikum wbt!! 

Alhamdulillah dgn nikmat kurnia Allah, masih lagi bernafas di muka bumi-Nya dan masih tidak terlambat utk tambahkan amal ibadat selagi masih bernyawa di muka bumi-Nya..

Current situation --->  Second Term
                                  First year
                                   Medic Student of Al-Azhar University 
                                  Cairo, Egypt

"Best tak belajar kat sana?"

Ntah la.. Biasa je..


Yes, i'm currently oversea now..  Pengalamanku berada di bumi orang ni 1001 cerita walaupun baru hampir 6 bulan berada di sini..
BEST! Sebab boleh tgok org yg wajahnya bukan cam orang melayu..hehehe...lawak je.. ;)
Bagi Qilah.. The first thing i want to tell is the time of our departure in KLIA Airport..  Bila refresh balik otak utk ingat balik, rasa campur baur.. Sedih..Nervous..Excited (sbb pikir cam vacation kot..)  and macam2 lagi..

Mula2 ingatkan  "Ehh...Qilah tak rasa cam nak nangis je.. Ramai je yg tak nangis kat sini"   ( dalam hati)

"Ibu dan ayah pun x nampak cam sedih ja.. maybe biasa je nii.."  

Time semua kena kumpul.. And Ustaz bagi sedikit nasihat mutiara buat para pejuang yg digelar pelajar Mesir.. Ustaz kata banyakkan doa supaya ilmu mudah masuk.. Ingat, kita orang Islam mesti kena bagi ramai jadi hebat2 and professional.. Jangan yg professional hanya golongan yg x percaya kpd Allah Taala.. Kata2 Ustaz sedikit sebanyak memang membakar semangat kami2 sbg pelajar Universiti al-Azhar nnti.. Banyak lagi yg ustaz ckp sebenarnya..

Masa utk berkumpul.. Setiap pelajar bersama keluarga masing2.. 

"Along Qilah belajar elok2 kat sana tau?.." Air mata ibu meluncur laju atas pipi beliau yg putih.. Sambil ibu memelukku, hati yg terasa cam x mau nangis.. nangis jugak time tu.. 
"Ibu... Doakan alaq (abbreviation for Aliah n Aqilah)  ok kat sana.. Doakan kami ya ibu.."  Muka dah ubah merah.. Sedih!!  

That time.. Baru kusedari, kehidupanku akan berubah 180 darjah drpd biasa..
Yup! I have to live by my own now.. Selama ni berada di bawah jagaan ibuayahku, skrg you have to take care for yourselves..

My life now is not the same.. 
*i'm soooo feelingg right now!!*  >__<

--->  Sorry buat pembaca2 sekalian sbb penaip blog ni x reti pun nak taip blog cmna (segala isi hati n otak dikeluarkannya..)


Qilah n Aliah pun tarik beg turun elevator menuju ke kawasan flight kami..  Ibu dan ayah berada di atas memerhatikan pergerakan km menuju ke kaunter passport check.. Qilah pun dongak la ke atas.. anak mata mencari2 mana kelibat waalidaini .. Tengah tangkap gmbar kami rupanya.. "Byee!! I LOVE  U BOTH SOOOO MUCH"  tangan melambai2 




Dalam flight~~

Qilah ni mmang suka ada dalam flight tu~  Best tgok suasana..ntah sbb apa.. teringat time dlm flight nak buat Umrah...tp yg lainnya, cuma tak ada ibu n ayah ja..  Along ada la~ hehehe..Alhamdulillah..

Dalam flight ni nak cerita ke??  Hmm... Yg pasti kitorang ada kena stop sekejap dekat Kuwait .. Dah sampai situ, mmang x nampak muka org melayu kecuali kami2 ni.. Dah dekat dah ni dengan mesir ni..
Selepas beberapa jam km berjalan meronda Kuwait Airport n rehat di sana, perjalanan kami bersambung semula menuju ke Mesir..

Di MESIR!!

Waktu sampai dah dekat maghrib.. Letih2 kena jalan ke rumah baru yg ditetapkan oleh ajen ..
Time tu dah malam.. Ya Allah, I feel really weak that time.. Setiap umah akan ada  2 orang senior musyrifah.. Kak2 tu pun bawala km ke rumah baru~~  Masuk2 rumah tu.. Gulp!  Mmang lintang pukang umah ni.. Dah malam cmna nak tido dgn keadaan umah mcm ni?  Minda ku berpusing2 fikir benda yg x terjawab oleh sendiri..  Malam tu juga kitorang bincang nak beli apa esok.. Rupa2 nya esok dah start kuliah dah!! Tapi kitorang terpaksa amik satu hari cuti utk bg rumah nampak boleh dihuni.. heheh..  Dah lama bincang n malam semakin tua... Rasa ngantuk n letihh sangaat.. Masuk2 bilik yg bakal mnjadi bilik utk 5 orang..nampak2 Aliah dah tertidur dengan lenanya atas katill  " Oh...boleh ja pun nak tidur kat sini.. Nampak Aliah yakin ja tiduq atas katil ni.."  Selepas Qilah join along baru la ramai lagi join tido~~


Esoknya!! Kami serumah menuju kekedai Tauhid Wan Nuur di Hayyu Tsaamin (8th district/ Seksyen 8).. Tak jauh manapun tempat tu (kami di Hayyu Sabik ,7).. Kami ke sana dgn menaiki Tremco (istilah van femes di sini).  Sampai2 belila pinggan mangkuk cawan sudu periuk penyapu n macam2 lagi yg asas utk umah.. Time dah nak balik n hantar barangan2 belian tu dah malam.. Kami minta ammu (pak cik) kedai tu bawakan barang2 km tu dalam lori.. sekali2 dgn kami naik atas lori tu..hahaha... Time naik tu ammu tu excited sangat sampai tepuk2 nyanyi2 dia atas lori tu..

Sesampainya di rumah ammu tu minta kitorang bayar tausil (delivery) barang2 kami tu.. tp sblom ni dia cakap free.. Kak2 senior pun cakapla  "Haram 'alaik! Haram 'alaik!"  dekat ammu2 tu.. diorang pun kluarla dr umah dengan perasaan reda.. Kitorang pun tanya la  "Apa maksud Haram 'alaik tu?"  ..
"Maksudnya  sampai hati awak.. bukannya Haram ke atas kamu.." terang kak musyrifah kami..ooo... 

ya! Kawan2, kalau nk datang mesir datang la, but always be cautious because org2 arab di sini sbenarnya ramai yg kesempitan wang ginih.. always keep ur money n belongings in safe place and berhati2 dgn tipu daya org arab.. Bukan nak bagi pandangan buruk tentang org2 mesir.. hakikatnya, kehidupan mereka terlalu sempit atas pemerintahan zalim kerajaan sblom ni..  


Camna Kuliah Kat Sana?

OK!! First day of kuliah~    Dari rumah dekat dgn restoran Arabiata km menaiki tremco ..Just setengah ginih dari rumah ke kuliah banat.. Sampai pagar kuliah jalan dalaaaamm skit baru sampai Bangunan Tibb (Medic) lilbanat faqad (perempuan shj  :P) ..  Seronok x terkira bila dah masuk kelas.. ye la..cam x caya ja dah mula belajar Medic.. Antara dukturah yg first kami kenal ialah Dukturah Mona al-Bayoumi (physio blood) and Dukturah Eman Saad (Biochem carbohydrate) .. Mula2 nampak  "Cam garang ja Dukturah2 ni.. *shivers* ".. TAPI hakikakatnya!! Diorang teramat2la penyayang!! Trust me!  :DD  *senyum selebar2nya*

Subjek utk first year meliputi :-   1- Anatomy   2- Physiology   3- Biochemistry   4- Histology  5- B.Arab (Nahu dan Sorof)   6- Al-Quran dan Tajwid (hafal juzuk 30)

Dalam Physio ada banyak pecahan :  -Blood  -Autonomic Nervous System (ANS)   -Nerve and Muscle  -Respiration  -Cardiovascular System    -Digestion

Anatomy plak:   -Lower limb (kuliah Azhar banat akan mula dgn bhagian ni dulu)  
                         - Abdomen    #exam midyear masuk bhagian Lower Limb n Abdomen dulu#
                         - Pelvic and Perineum              -Upper Limb            -Embryology

Dalam Biochem:  -Carbohydrate   -Lipid   -Protein     -Nucleic acid

Histology?  hmm... Rasanya x ada cabang pun..satu buku ja..

---------------------------------------------------------------

Sebenarnya banyak jaa lagi cerita yg ingin dikongsikan.. In shaa Allah ..Kalau ada kesempatan, boleh ja nak share lagi cerita tentang pengalaman in Egypt the Land of Prophets.. in shaa Allah..

Qilah di sini nak minta maaf kalau kata2 dan perkataan2 Qilah ni cam pelik n susah utk difahami.. Hakikatnya, memey kawe tak reti berblogging ni.. tapi, hari ni cam tetiba tangan ni nak menaip n praktis tulis cerita.. hehehe...

Ahaaa...sini ada la gambar2 skit yg boleh jadi visual pembaca sekalian.. :) 


Kedai roti .. Murah oo roti2 kat sini..sedap2 plak tu! Alhamdulillah~


Gambar ni dekat satu pasaraya yg femes di kalangan kami pelajar malaysia.. Pasaraya City Star.. Lepas exam memang ramai la dtg beli belah kat sini..lol.. not all la.. and not me too.. =_="   Apa yg best di sini bg perception saya ialah kedai DQ yg jual air milk smoothies!! Klu nak dtg beli air tu saja pun sudah cukup satisfy kan hati ku..haha...


'Tausiil at-talbaat maggaanan'  maksudnya permintaan utk penghantaran (delivery) adalah percuma.. #eh..ni bukan kedai yg saya cerita kat atas tu tau  ^^


Aiwahh!! Ini gambar time Raya Aidiladha.. kandang khoruf2 (kambing biri2) ni boleh jumpa di mana2 saja.. sepanjang jalan boleh jumpa time dekat raya korban.. Comel2 khoruf2 ni..


Agaknya apa ammu tu jual dgn kereta keldainya tu?? lol..  Jual ikan keli, tuna, mackerel n macam2 lagi..



Ok lah sahabat2 semua.. Sampai di sini dulu ceritaku tentang pengalaman di sini.. Harap apa yg ana cerita ni dapat memberi gambaran kepada pembaca macam mana sebenarnya belajar di Universiti al-Azhar Mesir dan dalam bidang Perubatan.. Time by time, Qilah try cerita lagi dlm blog ni.. Ok!! Barakallahulakum !!  Wassalam~  :)

4 comments: